1)ada gula,ada semut
apabila ada sumber rezeki,akan banyaklah orang yang berkumpul di situ
2) adakah buaya menolak bangkai
seseorang yang pernah melakukan kejahatan akan melakukan kejahatan lagi
jika berpeluang.
3)ada ubi ada batas,ada budi ada balas
kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan
4)ada udang di sebalik batu
ada sesuatu yang dikehendaki di sebalik perbuatan yang dilakukan
5) air dicencang tidakakan putus
pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan,akhirnya akan
berbaik-baik semula
6)air mudik sungai,semua teluk diranai
seseorang yang pemboros akan berbelanja apa-apa sahaja diingini.
7)air sama air,sampah ke tepi juga
seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara adik-beradik,
akhirnya diketepikan apabila adik-beradik itu berbaik-baik semula
8)alah bisa tegal biasa
perkara yang susah akan menjadi senang sekiranya selalu dilakukan
9)alang-alang mandi biar basah
membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah hingga selesai
10)anak dipangkuan diletakkan,kera di hutan disusukan
seseorang yang berbuat baik kepada orang lain tetapi tidak kepada
keluarganya sendiri
11)anak harimau diajar makan daging
seseorang yang jahat digalakkan supaya melakukan kejahatan
12)ayam baru pandai berkokok
seseorang yang baru meningkat dewasa.